Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts
                                                      (Nik Aziz Bin Nik Mat)

Pengerusi NGO Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (KERABAT) Mejar (B) Yusoff Ali mempersoalkan tindakan pengurusan kem tentera Gong Kedak di Besut yang menurutnya menghalang mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menunaikan solat di masjid kem tersebut.
Laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan Yusoff menyebut, pengurusan kem pada awalnya membenarkan bekas menteri besar Kelantan itu diundang untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut pada malam tadi.
Namun pengurusan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bertukar fikiran di saat akhir, kata Yusoff yang menambah, tindakan itu mungkin dibuat atas arahan pihak atasan.
Katanya, perkata itu tidak sepatutnya dibuat kerana pemimpin Umno sebelum ini juga bebas mengunjungi masjid tersebut.
"Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa," katanya seperti dipetik Harakahdaily .
Menurut laporan itu lagi, Masjid di kem Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari sejak penamaan calon pada Jumaat lepas.
Sedangkan, masjid berkenaan sebelum ini tidak pernah membuat majlis berbuka puasa secara besar-besaran setiap hari, yang terbuka kepada penduduk tempatan, lapor lidah parti PAS itu lagi. - MalaysiaKini
   
                            DATUK SERI MUSA AMAN(Menteri Sarawak Yang Ke-14)

Seorang bekas ahli politik Parti Bersatu Sabah Dr Chong Eng Leong mendakwa Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman juga terlibat dalam 'Projek IC'.

Chong yang pernah mengarang buku berhubung Projek IC itu mendakwa, Musa mempengerusikan satu jawatankuasa bertindak pada 1991 yang dirancang untuk mendaftar warga asing sebagai anggita Umno selepas pemberian kewarganegaraan.

“Apabila Umno mula memasuki Sabah, pasukan bertindak ini ditubuhkan dan ketuanya tidak lain selain Musa Aman sendiri,” kata Chong kepada suruhanjaya siasatan diraja berhubung isu imigran Sabah hari ini.
Sama dengan dakwaan yang dibuat oleh ahli politik pembangkang Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan di RCI semalam, Chong juga berkata projek IC dilaksanakan untuk meningkatkan jumlah penduduk Islam di Sabah.

"Ini tidak ada kena mengena dengan kaum atau agama. Ini semata-mata politik," katanya, sambil menegaskan bahawa peningkatan mendadak penduduk Melayu di Sabah membolehkan Umno bertapak di di negeri itu.

Menurut Chong, di antara tahun 1970 dan 2000, dalam tempoh 30 tahun, penduduk Melayu di Sabah menyaksikan kadar pertumbuhan yang mendadak sebanyak 1,552 peratus.

Ini hampir 10 kali ganda kadar pertumbuhan kaum Kadasan, Dusun, dan masyarakat asal Murut, dan juga jauh lebih tinggi daripada pertumbuhan sebanyak 344 peratus bagi masyarakat Bajau.

Chong berkata pertumbuhan ini tidak boleh dikaitkan dengan penduduk Sabah luar bandar mendaftarkan lewat kerana masalah akses dengan pejabat-pejabat kerajaan.

"Jika itu benar, mengapa tidak ada peningkatan mendadak di kalangan kaum Kadazan, Dusun dan masyarakat Murut," soalnya.

"Mengapa pertambahan penduduk Melayu adalah yang tertinggi?" Katanya.

Beliau berkata Umno sudah "mencapai sasarannya" dalam meningkatkan jumlah penduduk, kerana negeri itu kini mempunyai 33 kerusi negeri majoriti Muslim, lebih banyak daripada bilangan kerusi majoriti Cina dan majoriti bukan Islam bumiputera. - MalaysiaKini Jul 18 2013